Pengikut

Ahad, 12 Ogos 2012

Dugaan hujung-hujung Ramadhan...:(

Cepat sembuh ye sayang ibu...aminnnn

Assalamualaikum....
Tetiba hari ni terpannggil untuk mencoret di sini....

Actually si gebu yang dok merenung laut kat atas tu x sihat. Sudah dua tiga hari selsema dan demam.Tapi demam tu macam dah kebah 2 hari lepas dan sudah aktif & ligat seperti biasa. Sudah boleh lompat-lompat dan menari nyanyi ikut semua lagu kartun kat Chanel 613 tu...

Tapi,,,tetiba petang semalam Allah nak uji tahap kesabaran bulan Ramadhan agaknya. Cik Aimi ni tetiba batuk-batuk dan berkahak. Cik Aimi memang kalau batuk mesti muntah. So,petang semalam dah muntah selepas waktu iftar 2 round. Dan ibu pun rasa sedikit senang hati sebab dah kurang bunyi kahak bila bernafas. Dan seperti biasa dia pun mane tahu duduk diam kalau dah sihat.kan...lompat-lompta itu pasti. Minum susu sebotol dan layan jer kartun dia tu.

Bila dah tgh malam sket about 12.30 midnight, Cik Aimi dok batuk-batuk selang 2-3 minit sekali. Ingatkan macam biasa jer, cuma breathing dia laju sket. Dia cuma dok merengek-rengek jer sambil tidur tapi susu dah x mao minum walaupun dah bancuh susu baru.

Sekejap dia nak tidur atas dukung, sekejap pulak suruh lepaskan dia atas tilam..gitu la gayanya sambil ibu dok packing beg sebab hari ni kereta dah kena hantar. Ayah dok layan diving kat chanel olimpik tu sambil dok observe Cik Aimi.

Pagi ni breathing Cik Aimi dah makin laju dan ibu memang x boleh cuti hari ni sebab ada urgent kat ofis. Jadi ayah la kena berkorban jaga Cik Aimi kat rumah pagi ni sementara ibu pergi keje. Dalam pkl 9.30 am, ibu minta permission keluar sekejap sebab nak hantar kereta ke Dermaga Tanjung Lembong dan ayah teruss bawa buah hati kami ke klinik. 

Akhirnya doktor decide Cik Aimi kena ambil gas utk cairkan kahak..and finally lelah@asma@semput Cik Aimi menyerang kembali selepas lebih kurang tiga tahun x de. Maybe salah makan tapi dia bukan makan apa pun atau sebab cuaca yang kering, panas dan sedikit berdebu sekarang ni...

Alahai sian pengarang jantung ibu ayah ni, asma sampai x larat nak angkat kepala. Tapi lepas ambik gas tadi ayah kata baru boleh cakap dgn ayah. Dan tertidur dalam kereta,penat agaknya jantung kena bekerja lebih semalam. Get well soon puteri ibu. Cuma dua hari jer lagi nak balik kampung, cepat sembuh ya...

Selamat berpuasa peeps (walaupun dah hujung Ramadhan tetap nak wish jugak)..
dan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin....(kepada yang menempuhi perjalanan x kira dekat jauh, moga sentiasa selamat tiba ke destinasi)...

Sayang,
KakChik

Rabu, 18 Julai 2012

Buku & Komentar 8: Damai Aku dalam Haruman Sakura

Perkataan SAKURA penuh kulit depan..:)

Damai Aku dalam Haruman Sakura
Penulis: Hafizul Osman
Penerbit: JS Adiwarna
ISBN 978-967-0201-40-5
Harga:RM 15.00 / RM 17.00
Halaman: 220
Cetakan 1- Januari 2012

Aku telah meletakkan perkataan bahasa Inggeris di dahinya - 'REJECT'!

Kata kulit belakang:

Tidak semua orang berpeluang mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun seperti Azmil. Lalu dalam hati dia menanam tekad untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman selama empat bulan di Jepun nanti.

Di Jepun dia tinggal bersama sebuah keluarga angkat yang sangat baik hati. Dia ditempatkan di Sekolah Tinggi Kobe yang terkenal itu. Dek kerana ingin belajar tentang budaya Jepun dia menyertai Kelab Kebudayaan Jepun.

"Selamat berkenalan! Saya Azmil! Maaf, saya tak dapat salam dengan awak. Saya seorang Islam," balasku antara dengar dan tidak. Suaraku agak perlahan. Gadis itu tersenyum sambil tunduk hormat seperti orang Jepun.

Perkenalannya dengan Aki, telah melahirkan perasaan lain dalam hati mereka. Lalu apakah kesudahannya apabila aku ini ibaratkan lebah; ada tiga bunga di hadapanku - bunga anggerik, bunga sakura dan bunga matahari.

Komentar:

Kakchik sangat suka ayat yang tertera di kulit depan karya ini, 'REJECT'. Ayat tersebut bagaikan mempunyai aura untuk Kakchik 'culik' buah tangan penulis muda ini ketika PBAKL 2012 yang lalu walaupun tidak tersenarai dalam senarai harus beli yang siap dibawa ke sana. Dan kesempatan berjumpa dengan penulis muda tersebut, terdetik di hati ini dia sungguh bertuah kerana 'berlindung' dalam keluarga JS Adiwarna.

Damai Aku dalam Haruman Sakura, membawa kita mengikuti Azmil kembara ke bumi matahari terbit tersebut bersama azam untuk menimba sebanyak pengalaman bersama persoalan yang diutarakan sahabat yang dihormatinya, Abang Rizal. Kembara yang membawa modal insan sebagai seorang muslim walaupun Azmil masih keliru bagaimana dia mampu membawa dakwah sebagai muslim nanti.

Perkenalannya dengan gadis Jepun yang peramah bernama Aki, telah melorek sejarah yang membuat Azmil mengenal kebudayaan Jepun itu sendiri selain perasaan lain yang mengusik hatinya. Dakwah yang secara tidak sedar tersebar melalui persahabatan mereka telah menyebabkan suatu peristiwa Azmil kehilangan Aki. Hingga ke hari terakhir Azmil di bumi sakura, Aki tidak pernah lagi ditemui.

Melalui program pertukaran pelajar tersebut juga, Azmil telah berkenalan secara tidak sengaja dengan gadis Melayu yang misteri pada pandangannya. Mereka pernah terluka walaupun jalan kisahnya berbeza.

Cara penyampaian penulis yang lancar dengan terselit perkataan Jepun yang ringkas mampu menarik minat untuk dibaca. Selain itu, jalan dakwah yang diutarakan nampak ringkas walaupun impak di kemudiannya agak besar, di mana hampir semua yang ditemui Azmil sepanjang kembaranya mendapat hidayah Allah.

Penamat yang memang kadang kala terpesong dari akar umbi jalan cerita buat kita terfikir, sesuatu yang terjadi itu bukan aturan kita tetapi memang sudah ditulis atau dipegang oleh Allah.

Penulis juga sudah berkongsi banyak info berkenaan negara Jepun dalam penyampaian yang ringkas, mudah untuk difahami dan juga karya yang tidak terlalu tebal ini masih mempunyai nilai yang perlu digali.

Jadi penamatnya siapa pilihan Azmil antara bunga anggerik, bunga sakura atau bunga matahari hanya boleh diketahui melalui karya ini.

Sayang,
-KakChik-

Khamis, 5 Julai 2012

Gadget....

Opppss.....ini citer bukan seperti jodol di atas sebabnya KChik memang blind kalau bab gadget segala ni...nak tekan touch screen pun terkial-kial apatah lagi nak bersembang pasai gadget segala..

Tapi Cik Aimi kecik-kecik lagi sudah begitu teruja dengan yang bernama gadget...gadget ini bagaikan medium yang boleh membuat Cik Aimi duduk diam dan memberi sepenuh perhatian...tapi itu kalau yang dia minat la tu....namun begitu gadget ni jugak sudah Cik Aimi gunakan sebagai medium untuk dia asah bakat mengenal abjad dan nombor...dalam KChik nampak keterujaan dia tu..tetap kena pantau sebab dunia tanpa sempadan masa kini memerlukan KChik lebih berhati-hati...itu sebagai langkah berjaga-jaga....

Jom...kita tengok bagaimana peranan gadget pada si cilik Cik Aimi puteri KChik ni..:)

Okeh..laptop besar gedabak ni diangkut balik kg & dalam feri Cik Aimi dok layan  Geng Pengembaraan Bermula Upin Ipin...kira benda alah ini mampu membantu KChik mengekang Cik Aimi dari menjelajah seluruh feri...:)
Ambaoooiiii..Cik Aimi boleh buat dark layan jer kat Kak Sarah, cousin dia tu yang dok kat depan mata dia..Sarah hanya tengok jer Cik Aimi dok pulun main game angry bird...dia punye syok sampai x tengok kiri kanan dah...


Much Luve,
KakChik