Pengikut

Jumaat, 9 Ogos 2013

Eid 2013: 1 Syawal 1434H Part 2

Auwwwww. terlebih rajin pulak nak update ni
Walaupun raya ni tak boleh balik kg halaman
Tetap meriah dan bahagia
Keluarga mentua pun keluarga kita juga, kan.

Malas nak ketuk keyboard ni bebanyak
Jadiiii...............

Jom layan pic ajer lah ye...

Kami bertiga
Cik Aimi dengan peacenya...
Aduhaiiii, mertuaku baru nak isi duit rasa dlm sampul...
Family in law..
Abaikan pemandangan di belakang..huhuhuhuhu
Kami lagi....
Dan lagiiiii....
Rumah Tok Ton...first raya tanpa Tokwan..:(
Paklong Fizo yang rajin melayan budak 2 org ni
Cik Aimi dgn makciknya, Aleesya. Kawan
bermain & bergaduh...
Macam2 gaya sblm boleh snap pic...
Cik Aimi dgn Poksu Syafiq...yang bukan bongsu


Cik Aimi, the only one cicit Tokton & arwah Tokwan setakat ni.
Azimuddin, terbelah laaa...hikhikhik

Kepenatan beraya la ni, ibu blk kerja nampak dia
tertidur atas kerusi kat beranda rumah toknya..
Mantainnnnn...tudung x buka pun...
Letih benar gaya nih...
Malam pulak konker pc sebab geng besar p
tgk wayang.
Dalam kami bergembira
Petang lepas balik dari kerja
Dapat berita sedih
Kami kehilangan Toklang Saadiah (Tok sedara belah mak En Azman)
Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan petang raya 6 pm
Namun KakChik tak berkesempatan untuk melawat jenazah arwah
Cuma En Azman yang sempat ke tanah perkuburan untuk pengkebumian
Harap anak cucu arwah bersabar & tabah dengan ujian Allah ini
Al-Fatihah buat arwan toklang

Luvs,
KakChik

p/s: Caption pic malas nak tulis, kalau rajin nanti KakChik ketuk keyboard lg. :P

Eid 2013: 1 Syawal 1434H Part 1

Salam Lebaran  semua
Maaf Zahir & Batin

Ramadhan dah berlalu tinggalkan kita
Cuma mampu berharap & berdoa
Moga masih panjang umur untuk bertemunya lagi

1 Syawal sudah mengambil tempat
Moga kedatangannya tetap membawa seribu rahmat
Tenang & damai yang dirasai ketika Ramadhan
Moga masih bersama kita

Eid kali ni KakChik meraikan di pulau kecil ini
Bersama Cik Aimi dan keluarga En Azman
Sekadar memeriahkan sahaja

Rutin yang harus ditempuhi bila terpaksa rela bekerja kala orang lain meriah meraikannya
Seawal 7 pagi sudah bergegas ke tempat kerja
Jam 8 pagi kembali ke rumah
Bersiap untuk ke masjid bersolat sunat fitrah
8.30 pagi ke masjid dengan dibawa sekali Cik Aimi (first time bawa dia ke masjid utk solat sunat fitrah. Alhamdulillah, she behaved well)
Kemudian selepas solat, ziarah pusara Tokwan Azimi, datuk kepada En Azman (first time Eid tanpanya)
Jam 10.30 pg baru sampai rumah

Bersalam dengan mak ayah mertua
Bergambar satu family
Ke rumah tok yang sejengkal je dari rumah mertua
Bergambar lagi...

Dan terus, zapppppppppppppp rempit ke tempat kerja

Jom layan pic je la eh....

KakChik duduk tepi pintu bahagian solat wanita tingkat
atas di Masjid Al-Ehsan, Temonyong
Budak yang suka sengih, pakai tudung macam
minah arab kononnya (alasan x nak tudung kena
leher, nanti muntah, katanya)
Oittt....ibu nampak sebelah muka je, jadi kot ye
Ketika dengar khutbah raya, nasib baik dia sorang
aje kat atas ni. Tak de lah dia lasak sangat
Peaceeeee....selamat hari raya, ye.
Asyik dia nak ubah bata kat depan dia tu,
jenuh KakChik dok melarang..haisshhhh
Bila phone di tangan Cik Aimi, dia snap ikut suka
dia jer la
Lagi hasil kerja Cik Aimi
Dan lagi...tangga pun jadi!
Adoiiiiii, dia pergi bergolek kat depan tangga
tu, nasib baik la dia kat orang lain x nampak.
Dah bosan, katanye
Ziarah pusara Toknek Azimi, moyang Cik Aimi.
Bagusnya di sini, nak masuk kawasan perkuburan
semua buka selipar kasut.
Berhenti kat sini dulu ye..
Kalau rajin, nanti KakChik sambung lagi..

Selamat berhari raya
Jumpa sanak saudara
Yang penting
Jaga keselamatan diri & keluarga

Luvs,
KakChik


Rabu, 7 Ogos 2013

29 Ramadhan 1434H: Kenapa dia begitu?

Sudah hari terakhir Ramadhan tahun ni. Pelbagai rasa menghurung diri. Sedih pilu kerana tahun depan belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Rasa sayu yang selebihnya sebab tahun ni kena paksa rela bekerja di hari raya.

Petang semalam berbuka puasa di rumah keluarga En Azman. Syukurlah mereka adik-beradik tidak pernah berjauhan dari mak ayah. Semuanya memang masih tinggal di situ. Berbuka ramai-ramai memang meriah. Owh, kali kedua berbuka di rumah keluarganya ramadhan kali ni walaupun rumah dekat la sesangat. Huhuhuhu

Sedang berbuka tu, sekali terkeluar isu yang agak sensitif la kot. Semua pakat nak sentap je. Tambah lagi En Azman. Apa yang KakChik perhati selama 7 tahun kahwin ni, En Azman memang agak 'keras' sikit dengan adik-adik dia. Jadi bila ada isu yang sensitif, dia la pembangkang yang kuat bersuara. Sebab anak sulung ke hapa tak tahu la kenapa? Dia memang tegas dan 'keras' kalau yang melibatkan hal famili dia.

Sebab isu tu jugak, KakChik hanya berdiam diri aje. Terkeli-kelip mata tengok En Azman naik hangin. Adooiiiiiiiiiiii...nasib baik tak tercekik masa berbuka tu.

Kenapa ye dia jadi begitu:
- mungkin faktor waktu dia membesar dulu penuh dengan kesulitan. Seawal sekolah rendah dia sudah mengerah seluruh tulang empat keratnya untuk membantu mak ayah berniaga mencari rezeki. Umur 13 tahun, semua kelengkapan sekolah sudah mampu dibeli sendiri dengan duit berniaga burger. Tingkatan 4, dia sudah mula bekerja part time ketika cuti sekolah untuk mencari duit poket. Katanya bukan sebab mak ayah tak boleh nak sediakan semua tu untuknya tapi sebab dia ingat di bawahnya ketika itu adik-adik seramai 7 orang berderet dan kecil.
- dia cukup pantang kalau adik-adik kurang ajar dengan mak ayah dan tok. Melawan cakap mak ayah, makanya keluar la aura naga dia tu.
- adik-adik yang berlagak kaya dengan duit yang dikerah dari mak ayah. Bergaya bagai anak orang kaya duit tujuh gunung yang takkan tipis.

Selalu juga KakChik terdengar adik-adiknya berkata, abang mereka tu berkira pahit. Tak boleh nak dibangkang dan sebagainya.

Bagi KakChik, apabila isu yang melibatkan perkara ni, memang KakChik tak masuk campur cuma kadang-kadang tegur juga suruh dia slow down kalau bercakap dengan mak  ayah. Takut jatuh jadi anak derhaka pula.

Didikan yang berbeza dan layanan mak ayah yang berbeza memang meninggalkan kesan yang kukuh pada diri dia. Katanya, mereka terlalu diberi kesenangan sehingga kemewahan tu menenggelamkan segala rasa hormat dah sayang pada mak ayah. Mungkin itu yang buat dia terluka.

Harapnya Aidilfitri ni akan memberi satu rasa dalam hati kita untuk lebih menghargai.

Salam Lebaran semua. Be safe on your hari raya journey!

Luvs,
KakChik

p/s: Abang, kadang-kala kita mesti terima yang kasih sayang tu memang akan ada yang berbeza. Penat tau dengar awak dok marah-marah gitu.