Pengikut

Sabtu, 6 Oktober 2012

4 thn 1 bulan 21 hari

Semalam Cik Aimi pegi kedai dgn ibu ayah lepas diambil dr rumah tok. Seperti biasa keterujaan Cik Aimi kalau dibawa ke kedai dua hengget tuh...banyak jer benda dia nak rembat. Kalau dengan ibu tu liat la sket sebab ibu malas nak layan.  Tapi kalau dengan ayah, on ajer.

Jadi hasil nya Cik Aimi dpt puzzle and seplastik belon. Ibu cukup x suka dia beli belon sebab yang tukang kena tiupnya ..ibu la kan..ayah mana nak layan tiup2 belon ni.

Dia kalau boleh semua belon tu nak suruh tiup. sampai kejang mulut ibu. Jadi ibu cari helah kata, dah byk yang ditiup tp dia x main pun.

Lepas tu dia dok buat kira la plak belon2 tu. Dan ada satu belon yang ibu tiup tapi x ikat. Dah jadi sedikit kendur,sekali dia tiup, kembung la belon tu. Terus Cik Aimi teruja dan dia main tiup lepas, tiup lepas. Sambil sengih2 & tayang2 depan ibu.kira dok bangga la tu.

Lepas tu, mlm bola ayahbalik,terus dia dok tayang depan ayah dia pulak..kikikiki.Punya la dia syok dok tiup belon tu, sekali belon tu pecah kat mulut, hahahah. Ayah gelak jer la.

Aishhhh, Cik Aimi sudah makin besar, cerdik dan banyak akal.

Buah hati pengarang jantung ibu ayah.

Tiada ulasan:

Catat Komen