Penulis:Nirrosette
Penerbit:
Jemari Seni Snd Bhd
ISBN
978-967-5118-86-9
Cetakan 1 -
Mei 2012
Halaman :
474
Harga: RM
20.00 / RM 23.00
Kata kulit
belakang:
Kau umpama
pelangi yang terbentang di langit nan biru
Kata
Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayangi sepenuh hati. Kekasih hati
yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah
lengkap.
Namun,
langit tak selalu cerah. Cinta hatinya bealih arah kepada orang yang dia
percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu,
dia mencari tenang di buki Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu
oleh Si Janggut Sejemput.
"Awak
intip saya ke apa?"
"Nak
intip awak buat apa? Tak ada maknanya."
"Habis
tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?"
"Tempat
ni bukan awak yang punya."
Baru saja
luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang
tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan
bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke
kanan.
Andai
takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik
untukmu.
*****
Selepas Ihklas, A.K! kini NIRROSETTE membawa
kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yangbahagia. Nah, untuk Awak! Sebuah kisah bahagia
bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.
Komentar
saya:
Sejujurnya,
kita memang mengharapkan sesuatu yang manis daripada gambaran kulit muka depan
yang manis dengan merah samar yang memang sinonim dengan gelaran gadis, Najiha.
Bagi seorang anak gadis yang dimanja sementelah hanya dia yang dimiliki oleh
babah setelah pemergian ibu selepas kelahirannya, ruang lingkup hidup gadis ini
tidaklah terlalu luas. Di sekelilingnya, hanya ada babah, teman baiknya Nina
dan Dian serta teman sejak kecil yang telah dinaiktaraf menjadi kekasih hati
sejak lima tahun lalu, Ilham. Itu sudah cukup baginya yang tidak pernah mahu
meminta lebih.
Apabila
kebahagian yang pada hemahnya akan terus kekal dimilikinya diregut begitu, dia
terpana seketika. Dia hilang keyakinan diri serta dia mula hilang ceria yang
menjadi identiti diri. Kenapa orang yang dipercayai tega melukai hatinya? Tidak
cukup setiakah dia atau si kekasih hati yang curang?
Lalu dia
membawa hati yang berdarah ke bumi Korea, bumi yang sentiasa dalam anganan
untuk dijejaki. Pemergian yang secara paksa rela oleh babah dan Nina yang
kononya untuk mencari semangat baru dan mengubati hati yang rawan. Dia tidak pernah
tahu bahawa pemergiannya itu akan diiringi dengan teman yang padanya tidak
pernah dia ingini. Lelaki yang padanya selalu buat darahnya tersirap tanpa
dapat dikawal. Namun dia tidak pernah terfikir bahawa lelaki itu sememangnya
memegang amanah babah.
Pemergian
babah secara mengejut juga makin menambahkan rencam hati Najiha, dia teruji
lagi dengan dugaan yang menimpa diri. Namun hikmah di sebalik kejadian itu
membuka hatinya untuk menjadi insan lebih baik di sisi Tuhan. Saat dia pasti
dengan pilihan antara Fahri dan jejaka itu, dia teruji lagi lalu dia hanya
berserah dan membuka hatinya untuk lelaki yang sudah mampu memiliki hati.
Padanya
segala bahagia itu sudah dalam genggaman selepas bergelar isteri, tetapi kenapa
kebahagiaan itu direnggut lagi dengan isu yang buat dia sudah hilang percaya
pada lelaki bergelar suami? Adakah selamanya Najiha mahu terus hidup begitu,
atau jalan penyelesaian bagaimana?
Pada
pengamatan saya Nirrosette masih menggunakan lelaki yang baik sebagai medium
yang tersembunyi dalam karyanya seperti karya pertama beliau. Namun begitu
medium itu tidaklah terlalu menonjol dalam karya ini. Peranan Najiha yang
digambarkan sedikit mempunyai persamaan seperti watak utama dalam karya pertama
beliau walaupun Najiha itu tidaklah terlalu buta tentang agama. Karya penulis
muda ini masih mempunyai nilai islamik yang santai yang sesuai untuk bacaan
setiap lapisan masyarakat dengan isu-isu semasa yang dirungkai secara ringkas.
Walaupun kadang kala saya bagaikan terlihat bayangan identiti penulis lain di
sebalik nukilannya.
Luvs,
KakChik
Belum baca. Yang novel pertamanya pun belum baca tetapi pernah baca siri online dulu ;)
BalasPadamDatang melawat teman yang rupanya sudah ada blogspot ni hehe2
Airina...
PadamHikhikhik..malunya airina singgah kat blog x serupa blog nie...(pekupmuka dgn tapak tangan)....
Tq dear for drop here...