Perkataan SAKURA penuh kulit depan..:) |
Damai Aku
dalam Haruman Sakura
Penulis:
Hafizul Osman
Penerbit:
JS Adiwarna
ISBN
978-967-0201-40-5
Harga:RM
15.00 / RM 17.00
Halaman:
220
Cetakan 1-
Januari 2012
Aku telah meletakkan perkataan bahasa Inggeris di
dahinya - 'REJECT'!
Kata kulit
belakang:
Tidak semua
orang berpeluang mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun seperti Azmil.
Lalu dalam hati dia menanam tekad untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman
selama empat bulan di Jepun nanti.
Di Jepun
dia tinggal bersama sebuah keluarga angkat yang sangat baik hati. Dia
ditempatkan di Sekolah Tinggi Kobe yang terkenal itu. Dek kerana ingin belajar
tentang budaya Jepun dia menyertai Kelab Kebudayaan Jepun.
"Selamat
berkenalan! Saya Azmil! Maaf, saya tak dapat salam dengan awak. Saya seorang
Islam," balasku antara dengar dan tidak. Suaraku agak perlahan. Gadis itu
tersenyum sambil tunduk hormat seperti orang Jepun.
Perkenalannya
dengan Aki, telah melahirkan perasaan lain dalam hati mereka. Lalu apakah
kesudahannya apabila aku ini ibaratkan lebah; ada tiga bunga di hadapanku -
bunga anggerik, bunga sakura dan bunga matahari.
Komentar:
Kakchik
sangat suka ayat yang tertera di kulit depan karya ini, 'REJECT'. Ayat tersebut
bagaikan mempunyai aura untuk Kakchik 'culik' buah tangan penulis muda ini ketika
PBAKL 2012 yang lalu walaupun tidak tersenarai dalam senarai harus beli yang
siap dibawa ke sana. Dan kesempatan berjumpa dengan penulis muda tersebut,
terdetik di hati ini dia sungguh bertuah kerana 'berlindung' dalam keluarga JS
Adiwarna.
Damai Aku dalam
Haruman Sakura, membawa kita mengikuti Azmil kembara ke bumi matahari terbit
tersebut bersama azam untuk menimba sebanyak pengalaman bersama persoalan yang
diutarakan sahabat yang dihormatinya, Abang Rizal. Kembara yang membawa modal
insan sebagai seorang muslim walaupun Azmil masih keliru bagaimana dia mampu
membawa dakwah sebagai muslim nanti.
Perkenalannya
dengan gadis Jepun yang peramah bernama Aki, telah melorek sejarah yang membuat
Azmil mengenal kebudayaan Jepun itu sendiri selain perasaan lain yang mengusik
hatinya. Dakwah yang secara tidak sedar tersebar melalui persahabatan mereka
telah menyebabkan suatu peristiwa Azmil kehilangan Aki. Hingga ke hari terakhir Azmil di bumi sakura, Aki tidak pernah lagi ditemui.
Melalui
program pertukaran pelajar tersebut juga, Azmil telah berkenalan secara tidak
sengaja dengan gadis Melayu yang misteri pada pandangannya. Mereka pernah
terluka walaupun jalan kisahnya berbeza.
Cara
penyampaian penulis yang lancar dengan terselit perkataan Jepun yang ringkas mampu
menarik minat untuk dibaca. Selain itu, jalan dakwah yang diutarakan nampak
ringkas walaupun impak di kemudiannya agak besar, di mana hampir semua yang ditemui Azmil sepanjang kembaranya mendapat hidayah Allah.
Penamat
yang memang kadang kala terpesong dari akar umbi jalan cerita buat kita
terfikir, sesuatu yang terjadi itu bukan aturan kita tetapi memang sudah
ditulis atau dipegang oleh Allah.
Penulis
juga sudah berkongsi banyak info berkenaan negara Jepun dalam penyampaian yang
ringkas, mudah untuk difahami dan juga karya yang tidak terlalu tebal ini masih
mempunyai nilai yang perlu digali.
Jadi
penamatnya siapa pilihan Azmil antara bunga anggerik, bunga sakura atau bunga
matahari hanya boleh diketahui melalui karya ini.
Sayang,
-KakChik-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan