Pengikut

Ahad, 14 Julai 2013

Hari pertama sekolah di bulan Ramadhan 1434H

Hari ni hari pertama sekolah selepas 4 hari bercuti. Alhamdulillah, sudah 5 Ramadhan hari ini. Kakchik tak berapa senang hati, risau yang selebihnya.

Cik Aimi hari ni ke sekolah tanpa bekal (tiada botol air masak & juga nasi+telur dadar). Cikgunya sudah hantar sms pada isnin lepas yang anak-anak diminta diberi makan sebelum dihantar ke taska dan tidak dibawa bekal. Sebagai latihan untuk melatih anak-anak belajar berpuasa.

Sebenarnya Cik Aimi dah bangun sahur 2 3 hari lepas tapi sebab dia, KakChik tinggalkan di rumah Tok & Tokwannya, jadi senang sikit la dia nak dapatkan makanan. Pagi semalam dah pesan pada Mak Ndaknya, minta Cik Aimi tahan makan hingga ke tengah hari sikit. Petang semalam bila KakChik pergi ambil dia dan balik rumah terus dia minta nasi+teloq. Alololoooo, kesian puteri ibu ni. Dah lapar sangat la kot.

Pagi tadi ayah kejutkan bangun sahur, alhamdulillah Cik Aimi bangun dengan sekali kejut sahaja. Walaupun mulut merungut, "Aimi ngantuk la." Dan sambung baring atas toto depan tv. Tapi lepas tu bangun makan nasi + telur hancur. Banyak juga dia makan. Harap tahan sampai tengah hari nanti. Lepas tu dia masuk bilik sambung tidur.

Masa hantar ke taska pagi tadi, syukur sangat dia tak tanya botol air dia. Dan senang hati jer dia lari masuk taska lepas cium tangan + pipi ibu ayah.

Harap-harap satu permulaan yang baik bagi kami. Umur Cik Aimi sekarang lagi satu bulan untuk genap 5 tahun.

Selamat berbuka puasa semua!

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan