Pengikut

Khamis, 3 April 2014

Buku & Komentar 26: Aku Pilih Dia

Penulis: Hezzy Azra
Penerbit: Alaf 21 @ Karangkraf
ISBN 978-983-124-742-6
Halaman: 547
Harga: RM22.00 / RM25.00
Cetakan 1- 2011


Buku ni dah 2 tahun terperuk dalam lemari putih. Teruja nak baca sebelum baca karya terbaru penulis, Sah, Aku Cinta Kamu!

Buku ini bagaikan terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza watak heronya. 1/2 bahagian pertama banyak menampilkan watak hero Raif Imran yang kacak dan ramai teman wanita. Dan 1/2 bahagian terakhir pula lebih menonjolkan Ian Redza yanggentleman dan matang.

Perjalanan Johana Johan sebagai wanita dewasa ditempuhkan dengan kehilangan tunangnya, Khalil. Teman lelaki & juga tunang yang dikenali sejak remaja. Tapi jodoh mereka tiada apabila Khalil 'pergi' ketika majlis perkahwinan mereka sudah dirancang. Johana yang cengeng dan manja amat payah untuk menerima keadaan tersebut.

Peralihan kerja Johana telah menjadi titik pertemuannya dengan jejaka yang menjadi buruan ramai. Namun perhubungan mereka tetap berjalan lancar kerana keduanya tidak pernah melebihi hak sebagai kawan. Raif yang banyak membantu Johana untuk bangkit semula. Bertahun berkawan, status mereka selalu menjadi teka-teki orang sekeliling. Raif yang tidak pernah berahsia tentang kawan-kawan wanitanya dan juga Johana yang tidak kisah dengan cara hidup Raif. Pada Johana, dia tiada hak untuk mempersoalkan perkata tersebut.

Perhubungan mereka yang baik, kadang kala bergolak juga. Selepas isu Taufik, timbul pula kisah Teesya yang meroyan mengaku sebagai kekasih Raif. 

Kemunculan lelaki yang bernama Ian Redza telah mengubah gelojak rasa dalam jiwa Johana. Lelaki yang penuh karisma dan matang. Tanpa pengetahuan Raif, keduanya berhubungan. Raif yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut telah menjunjung ego sehingga menyebabkan perhubungannya dengan Johana dan Ian menjadi tegang.

Namun saat perancangan mereka untuk menuju alam bahagia, terjadi sesuatu yang menimpa Ian. Antara hidup dan mati. Siapa pilihan Johana?

Komentar:

Bahasa yang mudah dan plot yang tidak terlalu rumit. Teruja mahu tahu kisah seterusnya berkenaan jejaka kacak itu.

Luvs, 
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan