Pengikut

Isnin, 13 Mei 2013

Buku & Komentar 13: Anthem

Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 9789670508629
Harga: RM24.00 / RM27.00
Cetakan Pertama - Mei 2013
Halaman:

Rasa KakChik:

Lamanya masa diambil untuk mengkhatamkan buku ni, bukan sebab isinya yang kurang umphhhh kerana aura H memang terserlah di dalam buku ni tapi sebab konon-kononnya banyak urusan doniawi yang memerlukan lebih tumpuan. Haishhhhh....

Bagi peminat H yang mengikuti kisah-kisah tulisan beliau di blogdrive, ini merupakan kisah terakhir yang diambil dari blog tersebut. Dah lama rasanya kisah ini terpeta di blog tersebut.

Kisah Nur Dania Dashrin yang merentasi hampir pelusuk dunia keranan kerjaya ayahnya. Dia tidak kisah setiap kali nomad ke tempat baru kerana dia tidak pernah ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Tetapi apabila dia dipaksa tinggal di tanah air sendiri, dia tidak betah untuk berasa selesa. Walaupun dia tidak pernah berbuat salah pada sesiapa tetapi pandangan sinis masyarakat sekeliling gelar buat dia rasa terhina. Walau payah dia terpaksa bertahan untuk selama dua tahun. Yang penting dia tidak pernah mahu menilai orang lain. Baginya dia adalah dia.

Lee, senior yang digelar Hitler kerana aura segala singa dan naga sepanjang mereka di sekolah yang sama. Lee yang cuba membentuk Dash menjadi seorang yang lebih baih. Lee yang rupanya mempunyai jalan hidup nomad sepertinya. Namun pertemuan mereka yang seterusnya ada rasa yang memberi keserasian.

Dari bumi Malaysia ke Delhi ke Aberdeen, kisah mereka bermula. Setiap perubahan yang positif pasti mendapat ganjaran yang lebih baik walaupun bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan kepada sesuatu yang baru dan luar biasa pada rasa kita.

Komentar KakChik:

Kisah ini bukan hanya untuk dinilai dari sudut rasa anak yang membesar dalam budaya yang bukan asas agama menjadi tunjangnya tetapi juga sudut untuk kita yang sudah terdidik, membesar dalam ajaran agama ini, di mana tempat kita sebenarnya? Adakah kita masih lagi menilai orang-orang yang berbeza dari sudut mata kita dengan pandangan yang sinis dan cemuhan terkeluar dari ulas bibir kita?

H juga turut jelmakan beberapa watak dari karya beliau yang lepas buat KakChik lemari putih dan belek sekejap Rooftop Rant sebab nak ulang baca kisah Trisy dan Jade.

Bahasa H memang tak ada yang berubah dari karya yang sebelum ni tapi Contengan Jalanan masih mendapat tempat yang teratas di hati KakChik.

Luvs,
KakChik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan