Pengikut

Ahad, 5 Mei 2013

KLIBF 2013: Chapter 3

Chapter 3: Hasil tangkapan..*_*

Assalamualaikum wbt...

Kunjungan kali kedua ke KLIBF di PWTC memang berbaloi-baloi. Dengan tawaran harga yang sungguh memberangsangkan, memang KakChik jadi penasaran. Hahahaha...

Rasa bagaikan nak borong semua dan semua booth nak masuk singgah dan beli. Tapi apa kan daya, beban yang berat memang menjadi peringatan buat KakChik. Tambahan pula kepingan not dalam dompet pun dah hampir kontang. Jadi, hari pertama kunjungan pada 27 April, KakChik berjaya angkut 3 buah beg voven (betul x eja ni) dan 1 bagpack yang sarat dengan buku sehingga bagpack KakChik tercabut zip dan KakChik usaha untuk tutup dia guna button bage Ana Muslim yang dibeli untuk menyelamatkan beg tu..Huhuhuhu.

Oleh kerana terdapat beberapa buku yang KakChik tak beli pada hari pertama tu, jadi hari 28 April tu sekali lagi KakChik ke sana bersendirian. Kuatkan semangat sebab cuak tak pernah naik lrt sensorang dari Taman Melati ke PWTC. Tapi tawakal jer la. Demi buku kata kan! Ahaks....

Opppsss
...dah panjang berjela dah ni..Jom, layan pic buku-buku yang KakChik sempat beli sepanjang dua hari tu.

Booth JS yang pertama disinggah & stuck  
around 1 jam kat situ,terlalu ramai orang
 terutama peminat H yang mahukan Anthem.^_^

Booth JS Adiwarna yang kedua disinggahi, sebab nak jumpa KakSu  sebenarnya &
 borong sakan kat sini.Terima kasih semua untuk layanan yang sungguh awesome *_*

Dewan Tun Dr Ismail memang penuh dengan
peminat buku, kat sini beli buku dr Alaf 21 & BP..

Naik ke Booth Fajar Pakeer dah lewat petang dgn member GSS,
 Ucu & DLa serta anak dara DLA, Aina. ^_^

Ini pula dari KN dan Creative, alhamdulillah thn ni jumpa booth  Creative
offer yang sungguh awesome sehingga 80%..

Sebab utama ke PWTC lagi 28 April sebab
terlupa tak beli buku dari Galeri Ilmu..

Ini terbitan NB Kara,Hati Yang Luka diterbitkan semula.
Memang dah lama cari buku ni..^_^

2 buah jer dari PTS...cukuplah.

Dan hasilnya....termasuk buku dr KaryaSeni & Penulisan2u...
boleh tertinggal x snap pic..haishhh

Harap ada masa yang sempat digunakan dengan sebaiknya untuk mengkhatamkan semua buku-buku yang dah dibeli ni...

Luvs,
KakChik




Tiada ulasan:

Catat Ulasan