Pengikut

Rabu, 30 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014

Assalamualaikum...

Entry terakhir tentunya untuk penutup April. Aduhaiiii, cepat sungguh rasanya masa berlalu.

Back to title, alhamdulillah KakChik berkesempatan untuk jejak PWTC lagi tahun ni. Serbu PWTC seawal jam 8 pagi pada 26 April. Breakfast dengan Mami Suraya sambil-sambil tunggu geng yang lain. Sekali dapat berkumpul (walaupun cuma 6 orang ajer), riuhnya bagaikan 20 orang. Dari 8 pagi duduk kat cafe depan Ariani tu sampai dah penuh orang dalam PWTC tu, kami masih lagi lepak-lepak. huhuhhuhu.

Lepas semua dah sampai, borak punya borak. Tengok-tengok orang lain dah berlenggang penuh beg buku kat tangan. Lepas tu baru kami gerak ke booth IKP & lepas tu terpisah. My phone battery king. Sedeyyy nya x sempat say goodbye. Cuma sempat jumpe Dla sebelum dia balik.

KakChik tahun ni dah tekad tak mahu beli banyak, cuma borong buku JS, JS Adiwarna, Alaf & karangkraf, IKP dan Galeri Ilmu serta seketul buku utk Cik Aimie jer. Ikutkan hati memang la nak angkut semua. Tapi 10 buah memang tinggal kat adik, sebab den udah tak larat nak angkut.

Sempat juga jumpa kawan GR, CikPah yang peramah dan manis orang. Pertama kali jumpa dah mesra bagaikan dah bertahun kenal. Next year boleh jumpa lagi ye..

Berjanji juga dengan my lil sis & niece, lepak-lepak dan makan sekejap. Memang rindu giler, rasanya dah lama x jumpa dorang nih. Lepas tu terus gerak ke Kl Sentral & naik bas ke LCCT. Kali terakhir la kot jejak LCCT ni kerana lepas ni Airasia akan landing di KLIA2,kan.


Buku-buku yang diangkut balik ke pulau.::)
Buku-buku bahagian atas tu ditinggalkan di KL, ;)
Teman2 yang jumpa dan sempat snap pic..:)
Semua dah tinggi menggalah..eh, kita semua specky.:P
Luvs,
KakChik

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, wah banyaknya buku yang dibeli. Rugi siapa yang tidak pergi ke PBAKL kali ini. Saya dua kali ke sana.

    Dah beli buku saya, Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM? Jika belum boleh pesan dengan saya. Boleh juga beli di booth ITBM di PBAKL. Sokongan kalian semua amat saya harapkan. Terima kasih.

    BalasPadam